BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 20 February 2011

SHINee Room - Block C

Kepada semua Peghuni Blok C satu aktiviti akan di adakan bawah Biro Kebersihan bersama AJK. Aktiviti ini diberi nama "SHINee Room" yang akan di jalankan pada setiap hari Ahad. Berikut adalah maklumat aktiviti :

Tarikh : bermula pada 20 Feb 2011 [ahad]
Masa : selepas aktiviti pembersihan tandas
Penglibatan : Wajib kepada semua penghuni Blok C
Kriteria : 4K [Kebersihan/Kekemasan/Keceriaan/Keselesaan]
Pemarkahan : Markah Terkumpul

InsyaAllah pada akhir aktiviti ini akan di berikan penghargaan kepada bilik yang mendapat markah tertinggi setiap aras. Harap anda semua dapat memberikan kerjasama sebaik mungkin dengan ikhlas dan terima kasih atas kerjasama anda. Sesungguhnya................................


"Kebersihan Sebahagian Daripada Iman"


~Clean. Create, Comfortable~
BIRO KEBERSIHAN BLOK C

The Most Influential People In the World

 12 Rabiulawal 1432
 
Hari ini 12 Rabiulawal 1432 hijrah. The date of birth to the most influential people worldwide, Rasullulah S.A.W. Walaupun baginda wafat meninggalkan kita lebih dari seribu tahun, tetapi ajaran Islam yang disampaikan masih kekal dan berada di mana-mana sahaja; barat, timur, utara, selatan.

Ramai cakap kekasihnya rasullah. Tetapi berapa banyak kita berselawat padanya, mengingatinya. Oleh itu, mari kita lebihkan selawat, dan istiqamah dalam berbuat demikian. Semoga kita diberi shafaat olehnya kelak. Salam Maulidur Rasul.

Mahalnya Syurga Allah

Abu Hurairah r.a berkata: Aku telah mendengar Rasulullah saw. bersabda:
'Sesungguhnya orang pertama yang dihakimi pada hari kiamat ialah orang yang mati syahid.Di datangkan kepada beliau segala amalannya seterusnya dia akan disoal':
Apakah yang telah kamu lakukan?
Jawabnya: Aku telah berperang keranamu Ya Allah sehingga aku mati syahid.
Di katakan kepadanya lagi: Kamu telah berbohong!. Malah kamu berperang supaya orang berkata kamu berani!, dan mereka telah pun mengatakan (di dunia), kemudian diseret mukanya dan dicampakkan ke lubang neraka.
Kemudian didatangkan pula seorang penuntut dan penyampai ilmu (pendakwah) yang juga merupakan pembaca al-Quran.
Kemudian dihadapkan kepadanya segala amalan yang telah dilakukan di dunia, dan dia mengakuinya.
Justeru itu dia ditanya: Apakah yang telah kamu lakukan?
Jawabnya: Aku telah belajar dan mengajar ilmu, aku juga membaca al-Quran,
semuanya keranamu Ya Allah.
Kemudian Allah menjawab: Bohong!, bahkan kamu belajar supaya orang kata
kamu ‘alim, dan kamu baca al-Quran supaya orang kata kamu seorang qari. Mereka semua telahpun berkata demikian di dunia.
Setelah itu dia diseret dan dicampakkan ke dalam neraka.
Akhirnya dibawakan pula seorang yang dikurniakan harta benda serta kemewahan hidup di dunia, dan dia juga mengakui segala nikmat yang dikecapinya.
Kemudian dia disoal: Apakah yang kamu lakukan dengan harta benda tersebut
Jawabnya: Aku tidak akan tinggalkan satu peluang bantuan yang engkau sukai Ya Allah sehingga aku akan keluarkan wang bantuan keranamu Wahai Tuhan.
Allah menjawab: Bohong!, tetapi kamu keluarkan bantuan tersebut supaya orang katakan kamu seorang yang pemurah. Mereka semua telahpun berkata demikian di dunia.
Akhirnya dia juga diseret dan dihumbankan ke dalam api neraka.
Apabila Saidina Muawiyah r.a. mendengar hadis ini, beliau menangis sehingga
tidak sedarkan diri, apabila sedar beliau berkata:
Benarlah firman Allah swt dan sabda Rasul-Nya. Allah swt juga telah berfirman
dalam surah Hud ayat 15-16. Mafhumnya:
'Barang siapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya',
nescaya kami akan berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia
dengan sempurna, tanpa apa-apa kerugian. Itulah orang-orang yang tidak beroleh sesuatu di hari akhirat melainkan api neraka yang marak menyala.
(Hadith diriwayatkan oleh Imam Muslim, at-Tirmizi dan an-Nasaai)
 

Gambar Kolej Kediaman 1 USIM
































Credit Pictures :  Muhammad Ubaydullah Khairuddin

Saturday 19 February 2011

College Info.

Kolej Kediaman 1, 
Universiti Sains Islam Malaysia,
Bandar Baru Nilai,
71800 Nilai,
Negeri Sembilan.
No Tel : 06-7988144/8328/8102
Faks : 06-7988102
Email : kolejkediaman1usim@yahoo.com